PAKEJ MENARIK KLIK SINI

SIMPLE WEDDING PACKAGE

25 Jul 2012

HIKMAH DI BULAN PUASA..

Hye.. Pekabo semua?? Puasa tak hari nie?? Sedar tak sedar.. dah masuk hari kelima bulan Ramadhan... Masa begitu cepat berlalu.. Diharapkan kita dapat menggunakan peluang berada di Bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin.. Bagi mereka yang telah pergi.. Pasti mereka amat merindui bulan yg mulia ini.. Bulan yg penuh dengan ganjaran dan tawaran daripada Allah.. Bersyukur kerana kita masih diberi peluang ini...

Bulan Ramadhan banyak mengajar kita erti kesabaran... Bukan sekadar sabar dari makan dan minum di siang hari.. Tapi hampir seluruh anggota badan harus bersabar dari melakukan perkara yg tidak elok.. Bila kita banyak bersabar dengan apa yg terjadi.. Secara automatiknya kita akan menjadi lebih tenang.... Pada awalnya memang sukar untuk mengawal kemarahan.. Dalam bulan Ramdhan inilah kita mampu mengubah kemarahan itu menjadi sejuk.. Alhamdulilah... Saya turut merasai ketenangan itu jika kita menahan diri daripada marah...

Memandangkan cuaca yg panas dan tidak menentu.. Pelbagai ragam manusia dapat kita temui.. Sebagai contoh dijalan raya.. Kadang-kadang sikap segelintir pemandu kenderaan yg tidak berhati-hati akan menyebabkan kita marah.. Apabila marah, kita akan mengeluarkan perkataan-perkataan yg kesat seperti yg biasa kita lakukan.. Selalunya kita akan mengutuk pemandu yg sedemikian.. 

Jadi.. Sempena bulan Ramdhan ini,, kita harus banyakkan bersabar.. Tidak kiralah di mana, bagaimana situasi sekali pon.. Dengan kesabaran hati akan menjadi tenang dan sejuk.. Sesuatu perkara yg baru jika dilakukan selalu akan menjadi kebiasaan pada suati hari nanti.. 

"KESABARAN ASAS KETENANGAN" ----------------> 
"KETENANGAN ASAS KEJAYAAN".............


No comments:

Post a Comment

Bagi la komen cikit.. satu pon jadila...