PAKEJ MENARIK KLIK SINI

SIMPLE WEDDING PACKAGE

14 Dec 2014

TAHUN 2014...

Salam.. Hye semua.. Moga sesiapa yang membaca sentiasa diberi kesihatan dan ceria selalu.. Sebelum tu.. Jom kita selawat ke atas nabi sejenak.... Senang-senang je dapat pahala..

Dah lama rasanya tak mencoret sesuatu dalam blog ni.. Lagipun.. Takde pape sangat yang nak diceritakan.. So.. Takde la idea nak menulis.. Hehe.. Aku mulakan cerita ye.. Tahun 2014 tak lama lagi bakal meninggalkan kita.. Erm. Bila dipikirkan balik. Banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang tahun 2014 ni.. Macam-macam hal.. Ini dan itu.. Gembira ada.. Sedia pon ada..

JODOH.....
Tapi..... Dalam banyak-banyak hal.. Satu perkara yang paling memberi kesan mendalam.. huhu..  Tentang JODOH.. Jodoh tu kuasa tuhan!! Kalau diikutkan dan ditakdirkan baik.. Mungkin aku dah berkahwin hujung tahun ni.. Yela.. Rancangan nak kahwin dah ada.. Nak kahwin dengan sape?? Semestinya org yang aku sayang.. Tapi itulah ... Jodoh antara kami tak kesampaian.. Kenapa ek?? (panjang ceritanya ) 




Benda yang paling berharga aku dapat dari dia ialah “Jodoh tu tak boleh dipaksa”.. Kalau bercinta 10 tahun sekali pun. Tapi kalau dah bukan jodoh dengan kita.. Tetap kita tak akan bersama dengan orang yg kita sayang tu.. Kita tak boleh paksa orang yang kita suka untuk jadi jodoh kita.. Memamng betul!! Jodoh itu akan datang dengan sendiri.. Tak perlu nak usaha sangat nak mencari-cari.. Dah sampai masanya.. Datang la jodoh tu..  Insya Allah..

IMPIAN........???
Jangan dicerita tentang impian.. Terlalu banyak impian yang aku nak sepanjang berkawan dengan dia.. Nak itu la nak inilah.. Semua impian itu aku harap dapat terlaksana selepas berkahwin nanti dengan dia..  Kami mmg suka berangan itu dan ini.. Yang paling aku ingat.. Kami nak g Honeymoon dkt Tasik Kenyir Terengganu lepas kahwin nanti.. Sebabnya aku geringin sangat nak tido dekat Chalet.. Maklom la tak pernah rasa tido chalet.. haha... Macam best je tempat tu aku tengok.. Nak pusing satu Malaysia.. Nak g pualau-pulau.. macam-macam la!!.. Tapi itulah.. Impian nak jalan-jalan dengan dia terpaksa dihapuskan sebabnya kami takde JODOH.. Takpe positifkan diri!! Mungkin akan terlaksana jugak tapi mungkin dengan orang lain.. Dengan sape?? Isteri aku la!! huhu....




Bila dikenangkan,, Memang terbayang-bayang aje.. Bila dok sorang-sorang.. Kompem teringat-ingat.. Masa tu.. Mula la nak rindu bagai.. aishh!! Mana tak rindu.. Hampir 4 tahun berkawan plus berkasih. Macam-macam kenangan ada.. Gambar dia je dh banyak dalam laptop n handphone aku.. Mmg susah la nak lupa!! G mana-mana pon mesti akan teringat-ingat.. Yela.. G Jusco, Jongging.. tasik.. g men badminton.. Semua la.. Mana taknya.. Masa berkawan dulu semua benda tu aku wat dengan dia.. Senang cerita.. Dia sentiasa ada la untuk aku.. ( jiwang sikit).. Susah woo nak lupa!!

JOHOR....
Dia dah pernah datang Johor.. Siap datang rumah aku lagi.. Senang cerita keluarga aku dah kenal la dengan dia..  Dah alang-alang sampai Johor. Aku bawak la tempat-tempat yang best kat Johor.. Jalan-jalan & pusing -pusing Johor.. Masa tu kami dah lama tak jumpa.. Bila dah berjumpa.. Memang dapatlah hilangkan rasa rindu yang mendalam ni.. huhu..  Tapi tula.. Bila dah jadi kes macam ni.. Makin teringat plak aku dengan dia.. Bila g balik tempat yang aku bawak dia.. Kompem aku teringat.. Rasa macam dia ade je kat sebelah aku tengah berborak.. Lagi-lagi bila aku jalan-jalan dekat Pasar Karat JB.. Dahla masa berjalan dengan dia aritu kami tengah bermasam muka.. huhu.. Asyik teringat je.. Kan best kalau dia ada lagi .. Tinggal kenangan je kan....

MOVE ON!!
Walaupun terlalu banyak kenangan dengan si dia.. Tapi aku harus kuatkan hati untuk cuba melupakan dia.. Sudah takdirnya aku bukan milik dia.. Mungkin ada seseorang yang akan datang ambil hati aku kembali.. Mana la taw kan.. Dia pon selalu pesan.. “ move on”.. “ move on”.. “move on” ... Ayat ni la yang paling banyak dia bagi kat aku.. Iyalah.. Moh kita MOVE ON!!


Sebenarnya kami takde bergaduh besar pon.. Takde pon orang ketiga bagai.. Mungkin keserasian tu dah takde.. Mungkin ego masing-masing yang buat kami jadi macam ni.. Terbengkalai di tengah jalan.. Pernah gak aku bgtaw yang aku masih berharap kat dia.. Tapi dari ayat yang dia balas.. Aku dapat rasakan yang dia dah tak nak ada pape hubungan dengan aku.. Dia selalu cakap.. move on.. move on.. move on.. Satu lagi ayat .. “awak lebih layak dapat perempuan yang lebih baik dari saya”.. So.. Aku akur dengan kehendak dia.. Mungkin betul.. Aku juga doakan dan berharap dia akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik dari aku.. Insya Allah!!

2009-2014......
Kisahnya terlalu banyak untuk diceritakan.. Biarlah kisah-kisah aku dengan dia menjadi kenangan yang terindah pernah aku lalui.. Dan aku pasti.. Kenangan itu akan hilang dengan sendirinya tatkala aku bertemu dengan isteriku kelak.. Mengenalinya pada tahun 2009 dan berakhirnya kisah kami pada tahun 2014..
Selama hampir 5 tahun kami bersama.. Memang terlalu banyak kisah suka dan duka yang telah kami lalui.. Pastinya .. Akan terngiyang-ngiyang dalam kepala..  Moga diberi kekuatan untuk melupakan segalanya.. Untuk dia.. Ku doakan moga dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik iaitu suamimu nanti.. Semoga terus bahagia dan ceria dan berjaya dengan apa jua yang dilakukan. Doaku akan sentiasa hadir untuk awak!!

AWAK!!
Awak bukan lagi yang 5 itu dalam hidup saya.. Tapi mungkin awak tetap yang 4 itu.. Saya terpaksa berikan yang 1 itu kepada orang lain.. Walaupun awak dapat yang 4 itu.. Tapi yang 1 itu adalah segala-galanya untuk saya..  Moga coretan ini akan aku baca kembali pada satu masa nanti.. Coretan akhir dari aku yang menceritakan perihal orang yang pernah bertahkta di hati.. Kali ini.. Aku akan pergi sejauhnya dan akan menjadi kuat seperti dia..

Terima kasih sebanyak-banyaknya kerana menginzinkan diri mengenali insan seperti awak.. 

Terima kasih adik.. nur.. tonet.. sayang.. ma.. bb.. 




cc: insan yang pernah mencuri sepenuhnya hati ini......


11 Dec 2014

WEDDING PN JAMEAH & EN ZAWAWI

Salam..
Hye..

Dah lama rasanya tak menjengah blog yang suram nie..  Maklumla sibuk memanjang.. Line internet pon tak berapa nak cantik!! Tak pela.. Just nak share gambar kahwin yang di shoot pada 6 Disember 2014.. So.. Selamat Pengantin Baru!!










10 Apr 2014

WEDDING ASYA'ARI & NURZILAWATI

Salam.. Lama rasanya tak mengupload sesuatu dalam blog ni.. Pada 19 Januari 2014 telah berlangsung satu majlis perkahwinan di antara Mohd Asya'ari dan Nurzilawati bertempat di Kg Pasir Putih Pasir Gudang Johor. Walaupun dah lama berlangsung.. Baru la dapat upload.. Maklumla buzy sesangat..

So.. Selamat Pengantin Baru.. Moga bahagia hingga ke syurga!!














27 Jan 2014

WEDDING DAHLAN & HELMA

Hye.. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Dahlan dan Helma. Perkahwinan mereka telah berlangsung pada 18 Januari 2014 di Jalan Masjid Kg Pasir Putih Pasir Gudang Johor. Semoga masjid yg dibina berkekala hingga ke syurga.