27 Aug 2012

MY WORK!!

Hye.. Hari nie kelas habis sampai pukul 11.30 je.. So.. Takde keja la nak di buat.. Hu3.. Pe lagi.. Jom edit gambar guna adobe.. Aku lagi suke guna cs3 sebab mudah.. Ak pon baru je belajar guna adobe nie.. Walaupon gambar tak berapa nak comel.. Tapi boleh la buat suka-suka je.. Yang penting aku seronok .. Ha3...

Kat bawah nie ada beberapa gambar yg telah di edit guna cs3.. Gambar nie disnap masa kitorang g Terengganu.. Tak cantik jangan marah noh.. Kepada sesiapa yang nk komen silakan.... Komen anda amat dialu-alikan... Terima kasih!!





15 Aug 2012

KITA KENA KUAT!!

Hye.. Pekabo semua?? Hari nie dah msuk 26 Ramadhan.. Dah tak lama kita nak menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri.. Macam-macam perkara dah terjadi sepanjang bulan puasa nie.. Hope semua yg terjadi ada hikmah disebaliknya... Kita mesti kuat untuk hidup...

Hari nie aku nak kongsi satu cerita tentang kehidupan.. Dalam hidup nie memang banyak ujian yang Allah berikan pada kita.. Ujian-ujian tue sebenarnya untuk menguji tahap keimanan kita padaNya.. Setiap ujian yg diberikan pasti ada hikmah dihujungnya...Kita jangan mudah mengalah dan mengeluh dengan ujian yang diberikan., Yang penting kita kena kuat tok hadapi ujian tersebut...


Contoh ujian yg berat untuk kita tanggung ialah penyakit.. Semua orang mesti sedih bila tahu dia menghidapi sesuatu penyakit.. Kompem sedih.. Tapi ingatlah!! Setiap penyakit Allah yang beri.. Dan pada Allah jugalah penawarnya.. Kita mesti yakin pada Allah.. Allah adalah penentu segala-galanya.. Yang penting sekali.. Kita mesti kuat tok hadapi segala ujian yang Allah berikan.. Ingat!! Jangan asyik nak mengeluh je... Ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.. Kita kena banyak bersyukur sebab Allah masih sayang kat kita.. 

So.. Bersyukurlah masih diberi kesempatan untuk terus menghirup udara yang segar... Jangan asyik nak mengeluh dengan dugaan atau ujian yang kecil.. Ramai lagi manusia di luar sana yang lebih susah dan menderita daripada kita.. Ingatlah!!!!


5 Aug 2012

BIARKAN DIA GEMBIRA...

Hye.. Pekabo semua?? Hari nie dah masuk 16 Ramadhan.. Sungguh cepat masa berlalu kan.. Sedar tak sedar dah masuk pertengahan Ramadhan.. Moga kita sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.. InsyaAllah... Hari nie aku nak share satu cerita yang berkaitan dengan tajuk post kat atas tue.. Mesti korang tak paham kan.. 

Kita nie selalu mengharapkan yg terbaik dalam hidup kita.. Kita nak semua orang hepi dengan kita.. Tapi tak semua orang akan hepi dengan apa yg kita buat.. Yela.. Kita manusia yg selalu buat kesilapan.. So.. Kesilapan tue mmg kita tak nmpak.. Cmne pon.. Kita mesti cuba yg terbaik tok bg orang gembira.. Biarlah kita bersedih dan berduka asalkan orang yg tersayang bahagia.. 

kadang-kadang hidup nie terlalu mengongkong orang yg tersayang.. Biarkanlah dia gembira.. Jangan halang apa yang dia nak buat.. Sebab, dia bukan milik kita lagi.. Dia milik semua orang.. Ingat tue!! Tapi hati nie cepat rasa cemburu kalau tengok dia dengan orang lain.. Jd nak buat macam mana ek??? Kita kenalah kuatkan diri.. Yang penting yakin dia tetap bersama kita.. Kalau rasa cemburu gak.. Bek tido atau buat kerja untuk lupakan dia sekejap.. Kan3?? 

So.. Biarkanlah dia gembira.. Jangan terlalu mendesak dan kongkong hidup die.. Apa yang penting. kita nak dia gembira selalu.. Biarlah kita yang bersedih dan akan tersenyum bila melihat dia gembira.. Ingatan kepada diri sendiri.. Selagi dia bukan milik awak sebetulnya.. Biarkanlah dia bebas bersama siapa sahaja yang boleh buat dia gembira.. Jangan terlalu emosi .. Selagi dia bukan milikku.. Aku tetap akan mengalah.. Birakan Dia Gembira!!! OK



BIARKAN DIA GEMBIRA...................