PAKEJ MENARIK KLIK SINI

SIMPLE WEDDING PACKAGE

17 Nov 2011

YEAH!! DAH HABIS EXAM..

Hye.. Pekabo sume?? Hari nie aku baru habis jawab paper last iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3110).. Akhirnya habis gak exam untuk semester 6 kali nie.. TAHNIAH diucapkan kepada semua kawan-kawan.. Semoga dapat keputusan yang cemerlang nanti.. Aku pon puas dapat jawab exam semester kali nie.. 3 paper je pon.. Tak la banyak sangat nak kena baca.. hehe.. 



so.. Boleh la aku mengucapkan selamat tinggal untuk semester 6 nie.. Macam-macam benda aku lalui.. Semoga semester akan datang lebih menceriakan hidup aku.. Segala kenangan dan peristiwa yang berlaku sepanjang semester nie akan tetap jadi ingatan sepanjang hayat.. BYE SEMESTER 6!!


Kepada kawan-kawan kelas.. Diucapkan selamat maju jaya dan semoga semester akan datang kita akan dapat lalui bersama-sama dengan indah.. Tak nak sedih-sedih taw.. Tidak lupa juga kepada insan yang tersayang.. I LOVE U SO MUCH!! 





16 Nov 2011

KALAU ADA JODOH

Hye.. Pekabo sume?? Hari nie saje je nak tulis post.. Mungkin tajuk agak mengarut, tetapi penting juga  untuk kita dengar.. "Kalau ada jodoh kita kahwin lah"... Itulah ayat yang akan diberitahu  oleh setiap pasangan kat dunia nie.. Semua pasangan akan cakap macam tue...

Kadang-kadang kita tengok, ada sesetengah orang yang bercinta, akhirnya putus ditengah jalan.. Bercinta selama 5 tahun.. Akhirnya putus selepas 5 tahun tue.. Ada orang kata memang pasangan tue la paling bahagia sbb dah 5 tahun bersama.. Tengok-tengok tahun ke 6 dah putus.. Sedih tak?? Itulah kepentingan ayat "Kalau Ada Jodoh".. Lagi sedih bila ada pasangan yang sedang belajar dan telah bernekad untuk berkahwin selepas belajar.. Tengok-tengok semester akhir diorang putus.. PERGHH!! Sedih giler kot.. Nak carik pengganti kat mana? Dahla susah nak cari pasangan.. Time tengah belajar la senang nak cari... Maklumla tengah HOT!! Kesian pada pasangan macam nie...

Sememangnya setiap pasangan mengharapkan pertalian yang sah dalam perhubungan iaitu gerbang perkahwinan.. Bila dah kahwin, semua benda boleh buat.. Bebas nak buat pape pon.. Kan SYOK!! Tapi sangat sedih bila kita ditinggalkan kekasih yang betul-betul kita sayang.. Sebab apa dia tinggalkan kita ek?? Jangan sampai jadi giler sudah... Padahal kita dah buat yang terbaik untuk pasangan kita tue.. Itulah kepentingan ayat "Kalau Ada Jodoh"...


So, kepada kawan-kawan yang sedang hangat bercinta.. Gunakanlah ayat nie sebagai pelindung kalau pasangan kita tanya " bila nak kahwin"?? Jawablah "Kalau Ada Jodoh"... Aku mendoakan agar semua kawan-kawan aku akan bahagia dengan pasangan mereka masing-masing.. Tak kisahla bercinta lama atau tak.. Yang penting bila dah berkahwin, diorang akan kekal bahagia.. Yang penting bukanlah cinta sebelum perkahwinan.. Cinta selepas perkahwinan adalah lebih baik.....


So.. Jangan bersedih Kalau kita putus Cinta.. Mungkin bukan dia yang terbaik.. Tak ada jodoh la tue namanya... SABOR JELA!!



P/S: Tak guna sedih kalau putus cinta.. Enjoy sudah.. hidup sorang-sorang best gak pe!! kan3!!!
CERIA SELALU!!

13 Nov 2011

SHOT DI GUNUNG LANG

Hye.. Pekabo sumua?? Semalam aku dan Kelab Fotografi IPG Kampus Ipoh ( Lensa Kabur Photografi ) telah menjalankan satu sesi fotografi kt Gunung Lang.. Pemandangan di Gunung Lang memang sangat cantik dan sesuai untuk para photog buat shut kat situ.. 11 photog yang telah terlibat dalam sesi photografi kat Gunung Lang semalam.. Nie merupakan pengalaman pertama aku shut gambar model.. hehe.. Walaupon GEAR tak berapa nak canggih macam photog2 yang lain.. Aku enjoy jela.. Aku pon boleh belajar dari Otai2 yang dah lama dalam bidang nie.. Kat bawah nie ada beberapa gambar yang aku shut.. Sila komen la ye..

Geng Lensa Kabur Photografi!!


















Terima Kasih Kepada Team Photografi!!


12 Nov 2011

MALAM GALA UNIT F

Hye.. Pekabo sume?? semalam IPG kampus Ipoh telah mengadakan Malam Gala Nostalgia Unit F.. Tujuannya adalah untuk meraikan pelatih guru Unit F yang akan pergi meninggalkan IPG tersayang.. setelah 5 tahun setengah berada di sini.. Akhirnya mereka telah berjaya menamatkan pengajian dan seterusnya akan berkhidmat untuk sekolah masing2  pada tahun hadapan.. Banyak kenangan pahit dan manis yang telah dilalui bersama sepanjang berada di sini.. Kepada abg2 dan akak2 senior, diharapkan semoga mereka semua dapat menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk bangsa, agama dan negara.. 

SELAMAT MAJU JAYA!!
Gambar budak kelas aku..

akak2 unit F


Abang2 unit F



SELAMAT MENJADI SEORANG GURU YANG BERDEDIKASI UNTUK NEGARA!!

7 Nov 2011

Hari RAyA AiDiLaDhA 1432 H

Hye.. Pekabo sume?? Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432 kepada semua umat Islam di dunia.. Tahun nie aku tak balik beraya kt kampung.. Rasa sedih pon ada jugak bila dengar takbir raya berkumandang.. Walaupon tak balik raya.. Aku tetap cuba meraikan dan memeriahkan diri aku dengan melibatkan diri dengan program hari raya.. Baru la rasa suasana raya tu.. Pada hari sabtu lepas.. Aku join budak2 kelab rukun negara bakar lemang.. fUHH.. Inilah pertama kalinya dalam hidup aku buat lemang.. Lepas nie.. Bolehla aku buat lemang kat kampung pulak.. Macam2 kejadian yg berlaku semasa buat lemak 2.. Time paling best bila hujan turun.. Masing2 gelabah dan kelam kabut untuk angkat lemang.. Cmnepon.. Raya Haji tahun nie banyak juga kenangan yang dapat aku simpan dalam ingatan.. Terutamanya dapat bersama kawan2 di IPG kampus IPOH.. 
TERIMA KASIH SEMUA KERA MENCERIAKAN HIDUPKU... 







TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN...!!